Kelas Penghasilan Kek Lapis dan Kek Marble
12 Jun 2016 | Aktiviti Terkini
Pada 11 Jun 2016, PI Skio dengan kerjasama bersama PI Bogag dan Tanjung Bowang telah mengadakan kelas membuat kek lapis dan marble. Seramai 8 orang termasuk kakitangan berumur 25-40 tahun telah menyertainya. Kelas Penghasilan kek ini julung kali diadakan yang mana tenaga pengajar adalah kakitangan PI sendiri. Selepas aktiviti membakar kek selesai, peserta turut diajar mengenai cara pembangunan blog selain daripada diberi idea perniagaan. Selepas rehat tengahari sesi Klik Dengan Bijak turut diadakan bagi pengetahuan dan langkah keselamatan bersama tatkala berada di atas talian. Semoga dengan adanya kelas masakan berserta tips dapat menarik golongan wanita kampung khususnya untuk sama menggunakan kemudahan yang disediakan di Pusat Internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: